Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syarikat Iran jalin kerjasama dengan Renault

    TEHRAN, Iran, 7 Ogos – Agensi berita rasmi Iran (IRNA) berkata dua syarikat Iran telah menandatangani perjanjian terbesar kereta di negara itu dengan syarikat pembuat automobil Perancis Groupe Renault untuk menghasilkan 150,000 kereta, bermula dalam 2018.

    IRNA berkata perjanjian itu telah ditandatangani hari ini di Tehran.

    Perjanjian bernilai AS$778 juta itu berikutan penarikan semula sekatan-sekatan antarabangsa selepas perjanjian nuklear 2015 Iran dengan kuasa-kuasa dunia.

    Ia dijangka akan mencipta kira-kira 3,000 pekerjaan bagi dua syarikat itu, Iran IDRO dan syarikat swasta Negin Group. Renault memiliki 60 peratus perkongsian dan perjanjian itu.

    Ketika perjanjian itu ditandatangani di antara dua syarikat Iran dan Groupe Renault dari Perancis. – AFP
    Ketika perjanjian itu ditandatangani di antara dua syarikat Iran dan Groupe Renault dari Perancis. – AFP

    Tahun lepas, pembuat kereta perancis PSA Peugeot Citroen telah mencapai satu perjanjian dengan Iran Khodro untuk membuka satu loji yang mampu menghasilkan 200,000 kenderaan setiap tahun.

    Iran menghasilkan kira-kira 1,350,000 kenderaan setiap tahun, meski pihak berkuasa berharap bahawa angka itu akan mencapai 3 juta setiap tahun menjelang 2025. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda