Thursday, February 6, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syarikat Jepun diarah bayar denda

    SEOUL, 29 Nov – Mahkamah tinggi Korea Selatan hari ini memerintahkan sebuah lagi firma dari Jepun untuk membayar wang pampasan kepada para mangsa yang terlibat dalam buruh paksa semasa Perang Dunia Kedua, selepas memerintahkan keputusan yang sama terhadap sebuah syarikat dari negara matahari terbit itu, sebulan yang lalu.

    Mahkamah Agung mengekalkan dua ketetapan mahkamah rayuan, memerintahkan Industri Berat Mitsubishi untuk membayar wang pampasan sebanyak AS$71,000 hingga AS$109,000 kepada setiap 10 orang mangsa, yang dipaksa menjadi buruh kasar oleh Imperial Jepun, termasuklah seorang anggota keluarga mangsa.

    Antara mereka, empat wanita yang menjadi mangsa dan anggota keluarga seorang mangsa telah mengambil tindakan guaman pada 2012 di mana mereka ditipu oleh seorang ketua tertinggi Jepun untuk bekerja tanpa sebarang bayaran di sebuah kilang pesawat Mitsubishi di Nagoya, Jepun pada 1944.

    Manakala, enam lagi mangsa lelaki yang diarah bekerja keras sebagai buruh tanpa bayaran di kilang mesin dan pembinaan kapal Mitsubishi di Hiroshima, Jepun pada 1944.

    Pada 1910 hingga 1944, Semenanjung Korea telah dijajah oleh Empayar Jepun.

    Keputusan mahkamah tinggi tersebut muncul kira-kira sebulan selepas Mahkamah Agung memerintahkan Nippon Steel & Sumitomo Metal Corp untuk membayar wang pampasan kepada mangsa buruh paksa Korea Selatan sebanyak AS$89,000 setiap seorang. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda