Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syarikat Jerman akan saman EU

    BERLIN, 26 SEPT – Syarikat Jerman yang terlibat dalam pembangunan bahan api sintetik kelmarin mengumumkan bahawa ia berharap untuk membuat cabaran undang-undang terhadap rancangan Kesatuan Eropah (EU) bagi melarang jualan kenderaan enjin pembakaran bermula 2035.

    Peraturan itu akan ‘melambatkan perkembangan, pengeluaran dan penggunaan’ bahan api sintetik yang direka untuk menggantikan petrol atau diesel ‘yang mendatangkan keburukan kepada perubahan iklim,’ kata Classic Tankstellen, dalam satu kenyataan akhbar bersama dengan pihak pengadu.

    Kumpulan itu bersama-sama mengemukakan bantahan kepada mahkamah Eropah di Luxembourg, pada bulan Julai.

    Teknologi di sebalik bahan api sintetik, yang masih dalam pembangunan, terdiri daripada penghasilan bahan api daripada CO2 dengan menggunakan elektrik karbon rendah.

    Peguam bela mengatakan, itu bermaksud pengganti bahan api fosil bukanlah pengeluar bersih pelepasan gas rumah hijau sepanjang hayatnya, tetapi kumpulan alam sekitar membangkitkan bantahan terhadap idea itu, yang dianggap terlalu mahal dan memerlukan tenaga yang banyak.

    Larangan kenderaan enjin pembakaran adalah sebahagian penting daripada dorongan EU untuk mencapai iklim-neutral menjelang 2050. – AFP

    Kereta mengeluarkan asap ekzos ketika kanak-kanak menuju ke sekolah di Frankfurt, Jerman. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda