Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syarikat kena denda $500

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OKT – Sebuah syarikat telah dikeluarkan kompaun oleh Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong setelah didapati meninggalkan benda atau barang di tempat awam pada 9 Oktober lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Daerah Tutong, di sini, syarikat berkenaan telah dikenakan denda kompaun sebanyak $500 di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian 2021, Bab 12 (1) (b).

    Syarikat berkenaan dikehendaki untuk menjelaskan kompaun dalam tujuh hari di mana jika gagal boleh dihadapkan ke mahkamah.

    Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang $2,000 dan tidak melebihi $10,000, manakala itu, bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan denda tidak kurang $10,000 dan tidak melebihi $30,000, penjara bagi tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

    Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong mengingatkan orang ramai, pihak syarikat dan pemilik premis perniagaan supaya sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar, khususnya di kawasan premis-premis perniagaan dan juga kawasan awam dengan tidak membuang, melonggokkan atau meninggalkan apa jua jenis sampah sarap di tempat awam.

    Gambar yang dikeluarkan Jabatan Daerah Tutong menunjukkan papan-papan tanda yang ditinggalkan di tempat awam. – Gambar serahan Jabatan Daerah Tutong
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda