Oleh Daniel Lim –
BELAIT, 13 JULAI – Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria (JBKBS) telah mengeluarkan kompaun sebanyak $1,000 terhadap sebuah pasar raya tempatan di Kampung Pandan 7, kelmarin.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan JBKBS, pasar berkenaan telah didapati membuang bahan-bahan binaan, peti sejuk beku rosak dan kotak-kotak kadbod di tempat awam belakang premis pasar raya berkenaan.
Pasar raya itu diberi masa tujuh hari untuk menyelesaikan denda berkenaan dan jika gagal akan menyebabkan kes itu dibawa ke mahkamah.


