Saturday, December 21, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syarikat kena kompaun $200

    Oleh Sim Y. H.

    TUTONG, 15 April – Sebuah syarikat perniagaan di Kampung Bukit Sibut, Tanjong Maya, Tutong telah dikenakan kompaun sebanyak $200 setelah didapati melakukan kesalahan meletakkan sampah di luar premis perniagaan semasa pemeriksaan dijalankan di kawasan premis-premis kawalan Jabatan Daerah Tutong oleh Unit Penguatkuasaan Jabatan Daerah Tutong, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Daerah Tutong, hari ini, syarikat tersebut itu dikenakan denda di bawah Bab 12 (1) (a) atas Kesalahan-kesalahan Kecil Penggal 30. Sehubungan itu, Unit Penguatkuasaan Jabatan Daerah Tutong mengingatkan kepada orang ramai dan pemilik-pemilik premis perniagaan agar sentiasa menjaga kebersihan di kawasan sekeliling dan membuang sampah di tempat yang telah disediakan.

    Kenyataan menjelaskan lagi bahawa Unit Penguatkuasaan Jabatan Daerah Tutong akan sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan akta Kesalahan Kecil Penggal 30 sentiasa dipatuhi dan seterusnya bagi memastikan persekitaran Daerah Tutong sentiasa dalam keadaan bersih.

    Longgokan sampah diletakan di luar premis berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda