Wednesday, March 26, 2025
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syarikat kereta api Ukraine diserang siber bertubi-tubi

    KYIV, UKRAINE, 24 MAC – Syarikat pengendali kereta api kebangsaan Ukraine, Ukrzaliznytsia, sedang berusaha menangani serangan siber yang kompleks untuk hari kedua berturut-turut, dengan bantuan Perkhidmatan Keselamatan Negara Ukraine.

    Dalam satu kenyataan, syarikat itu menyifatkan serangan tersebut sebagai ‘berskala besar, tersusun dan berlapis-lapis’, tetapi menegaskan bahawa operasi kereta api masih berjalan seperti biasa. Bagaimanapun, jualan tiket dalam talian tergendala sejak hujung minggu dan masih belum pulih sepenuhnya.

    Walaupun tidak menyatakan pihak bertanggungjawab, Ukrzaliznytsia menegaskan bahawa serangan fizikal dan siber tidak akan menggugat perkhidmatannya. Pengangkutan anggota tentera Ukraine masih berjalan, menjadikannya elemen penting dalam pergerakan pasukan dan penduduk di tengah konflik yang berterusan. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda