Tuesday, March 18, 2025
24.2 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Syarikat makanan laut Thailand komited reformasi penangkapan ikan

BANGKOK, 11 Julai – Thai Union, salah satu konglomerat makanan laut terbesar di dunia, berkata hari ini ia akan membaik pulih amalan menangkap ikannya untuk melindungi penyalahgunaan buruh dan penangkapan tidak mapan, satu langkah yang dipuji oleh Greenpeace sebagai ‘kemajuan besar’.

Syarikat gergasi makanan Thailand itu – yang memiliki jenama global besar seperti Chicken of the Sea, John West dan Petit Navire – sudah lama menjadi kebencian kepada mereka yang berkempen ke atas penangkapan ikan berlebihan dan keadaan kerja yang kejam di atas bot.

Namun hari ini ia menyiarkan kenyataan bersama dengan Greenpeace mengumumkan siri reformasi yang kedua-dua berkata akan menggalakkan syarikat makanan laut lain untuk menuruti peraturan tersebut.

“Ini menandakan kemajuan besar bagi lautan kami dan kehidupan marin serta bagi hak orang yang bekerja dalam industri makanan laut,” kata Pengarah Eksekutif Antarabangsa Greenpeace, Bunny McDiarmid dalam satu kenyataan.

“Sekarang adalah masanya bagi syarikat-syarikat lain untuk mengambil langkah serupa dan menunjukkan kepimpinan sama.” – AFP

- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda