Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syarikat media sosial sekat kandungan anti-negara di Vietnam

    HANOI, 6 OKT – Gergasi media sosial seperti YouTube, TikTok dan Facebook telah mengeluarkan hampir 800 kandungan yang dianggap anti-negara atau palsu di Vietnam dalam tempoh sebulan atas permintaan kerajaan komunis, kata media kerajaan, hari ini.

    Lebih kurang 380 video YouTube, 364 siaran Facebook dan 33 pautan TikTok telah ditarik balik atau disekat antara pertengahan Ogos dan pertengahan September, kata akhbar Thanh Nien yang dikawal oleh kerajaan dalam satu laporan, merujuk Kementerian Maklumat dan Komunikasi (MIC).

    Beberapa kiriman-kiriman tersebut mengandungi kandungan palsu dan negatif yang menentang parti, negara, organisasi, individu dan memfitnah pemimpin,” tambah laporan itu.

    Kerajaan komunis Vietnam tidak bertolak ansur dengan perbezaan pendapat terhadap pemerintahan parti tunggal mereka dan sekatan media sosial yang digunakan oleh negara itu untuk mengehadkan kebebasan bersuara.

    Semua media dikawal oleh kerajaan dan pengkritik kerajaan yang mempunyai pengikut dalam talian sering menjadi sasaran.

    Kelmarin, MIC mengumumkan hasil siasatan terhadap TikTok, yang mempunyai anggaran 50 juta pengguna di Vietnam.

    Pada awal tahun ini, MIC mengumumkan bahawa mereka akan menyiasat kandungan toksik yang ditawarkan oleh aplikasi perkongsian video yang dimiliki oleh China yang sangat popular.

    “Proses penapisan kandungan TikTok tidak cekap, membenarkan beberapa kandungan yang melanggar undang-undang Vietnam,” kata MIC dalam satu kenyataan dalam talian. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda