Thursday, May 2, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Syarikat minyak, gas dijangka raih keuntungan tinggi

    KUALA LUMPUR, 23 MAC – Banyak syarikat minyak dan gas dijangka meraih keuntungan tinggi pada 2023 dan seterusnya memandangkan tekanan dalam persekitaran ekonomi global dan prestasi sektor kewangan yang tidak menentu, kata seorang ahli ekonomi.

    Ketua Ahli Ekonomi Juwai IQI Global, Shan Saeed berkata pasaran minyak bergerak antara landskap geopolitik dan ekonomi geostrategik yang sangat berbeza daripada 2008.

    “Hari ini, harga minyak sedang melalui beberapa cabaran dengan kekangan bekalan dan ia berada dalam fasa yang mana harga semerta (spot) lebih tinggi daripada harga hadapan.

    “Saya fikir ini akan meningkatkan harga pada 2023, yang mana kami menjangkakan minyak mentah Brent diniagakan antara AS$80 hingga AS$127 setong dan permintaan dijangka mencecah 105 juta tong sehari menjelang Disember 2023,” katanya kepada Bernama.

    Shan berkata menurut data lain, ahli ekonomi secara umumnya menjangkakan minyak diniagakan pada AS$90 setong menjelang Jun 2023 manakala bank pelaburan multinasional Amerika, Goldman Sachs, menjangkakan harga berada sekitar AS$100 setong menjelang Disember 2023.– Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    April bulan terpanas dalam rekod Hong Kong

    HONG KONG, 2 MEI - Hong Kong merekodkan bulan April adalah paling panas sejak rekod meteorologi bermula pada 1884, menurut pemerhati cuaca bandar itu. Suhu...