Wednesday, March 19, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syarikat patuhi arahan

    Oleh Fadley Faisal

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JULAI – Hasil pemeriksaan yang dilakukan Jabatan Tanah pada 20 Julai lalu ke atas sebuah syarikat menjual bahan binaan yang beroperasi di Kampung Sengkurong A, Jalan Jerudong telah mendapati syarikat tersebut mematuhi perintah yang telah dikeluarkan.

    Sebelum ini, Jabatan Tanah telah mengeluarkan perintah kepada syarikat tersebut untuk mengosongkan dan membersihkan tanah milik kerajaan yang telah diduduki dan dimajukan tanpa sebarang kebenaran daripada pihak Jabatan Tanah terlebih dahulu.

    Syarikat tersebut mempunyai unit kedai yang sah di bangunan kedai berhampiran namun telah membangunkan sebuah tempat penyimpanan sementara bagi menyimpan stok bahan binaan seperti atap, besi, batu dan simen di atas tanah milik kerajaan bersebelahan dengan unit kedai syarikat berkenaan.

    Tempat simpanan sementara tersebut telah menghalang laluan jalan bagi pemilik tanah yang lain dan pemilik kedai serta pengguna jalan raya.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, menegaskan bahawa mana-mana individu yang menduduki atau mendirikan bangunan di tanah milik kerajaan tanpa kebenaran adalah dikira melakukan kesalahan di bawah Seksyen 32 (1) (a) Kanun Tanah iaitu boleh dikenakan denda maksimum sebanyak $2,000 bagi kesalahan pertama dan denda maksimum $3,000 bagi kesalahan kedua dan seterusnya atau hukuman penjara selama setahun atau kedua-duanya sekali.

    Gambar sebelum (kiri) dan selepas tapak penyimpanan bahan binaan yang diarah untuk dirobohkan. – Gambar serahan Jab. Tanah

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda