Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syarikat pembinaan didenda $200

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 30 SEPT – Sebuah syarikat pembinaan telah dikenakan kompaun berjumlah $200, hari ini, kerana didapati meletakkan barangan terbuang seperti karung guni dan kotak di tempat awam di depan sebuah restoran di Kuala Belait.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Bahagian Penguat-kuasaan Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria (JBKBS), syarikat berkenaan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12(1)(b) Penggal 30 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil dan diberi masa tujuh hari untuk membayar kompaun berkenaan di mana jika gagal, kes akan dihadapkan ke
    mahkamah.

    Jika didapati bersalah, tertuduh akan dihukum denda $1,000 atau sebulan penjara bagi kesalahan pertama manakala itu, kesalahan seterusnya membawa hukuman denda $3,000 atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan.

    Sehubungan itu, JBKBS sekali lagi mengingatkan orang ramai dan pemilik-pemilik premis untuk memastikan kebersihan kawasan sekitar.

    Bahan-bahan buangan yang diletakkan di tempat awam. – Gambar serahan Bahagian Penguatkuasaan JBKBS
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda