Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Okt – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhi denda $4,500 ke atas sebuah syarikat yang gagal mengemukakan cukai pendapatan tahunannya ke Bahagian Hasil, Kementerian Kewangan.
Hukuman dijatuhkan Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Badaruddin ke atas wakil Syarikat Sri-Ski Engineering & Construction Sdn Bhd yang mengaku bersalah atas tuduhan gagal mengemukakan cukai pendapatan tahunan syarikat yang berakhir pada 31 Disember 2013, 2014 dan 2015.
Syarikat itu, sebelum ini, pernah didakwa atas kesalahan sama pada tahun 2014.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Amiriah binti Haji Ali.