Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Syarikat penerbangan Jepun buang logo ‘Z’

    TOKYO, 16 JUN – Syarikat penerba-ngan tambang murah, Zipair Jepun, yang baharu dilancarkan pada 2020, kini terpaksa membuat penjenamaan semula logonya iaitu huruf Z yang kini dikaitkan dengan isu pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

    Simbol tersebut menjadi kontroversi di seluruh dunia selepas dikesan pada kereta kebal Rusia dan pakaian seragam tentera di Ukraine.

    Ia juga telah dilihat pada kereta dan pakaian di Rusia dan dalam talian yang telah menjadi tanda sokongan untuk pencerobohan berkenaan. Ia merupakan suatu trend patriotik yang digalakkan oleh Kremlin.

    Presiden Zipair, Shingo Nishida berkata kelmarin bahawa, syarikatnya telah membuang logo itu untuk mengelak salah faham orang ramai yang menganggap perniagaannya memihak kepada konflik berdarah tersebut.

    “Sesetengah orang mungkin berasa begitu apabila mereka melihatnya tanpa sebarang penjelasan,” katanya kepada pemberita, menurut Kyodo News dan media tempatan yang lain.

    Logo baharu Zipair akan dirasmikan pada Sabtu ini bagi menggantikan logo ‘Z’ hitam yang terdapat pada sirip ekor pesawatnya, kata laporan itu.

    Zipair merupakan anak syarikat Japan Airlines yang menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Narita berhampiran Tokyo dengan Bangkok, Seoul, Honolulu, Singapura dan Los Angeles. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...