Syarikat penerbangan kurangkan tambang, tarik penumpang

PARIS, 27 SEPT – Dengan krisis koronavirus menjejas perjalanan, syarikat penerbangan Eropah akan mengurangkan tambang untuk menarik penumpang dan mengisi kapal terbang yang masih mengadakan penerbangan.

Sekatan perjalanan yang dilaksanakan oleh kebanyakan negara untuk membendung penyakit itu telah menjejas syarikat penerbangan, menghentikan lalu lintas udara pada musim bunga. Sementara lalu lintas telah meningkat semasa musim panas, ia merosot sekali lagi sekarang.

Menurut Eurocontrol, yang menyelaras lalu lintas udara di Eropah, lalu lintas telah menjadi lembap sejak beberapa minggu lalu, dan kini mencecah 54 peratus di bawah tahap yang dicatat pada tahun lalu.

Persatuan perniagaan penerbangan Eropah telah menetapkan lalu lintas lebih rendah pada Ogos, pada 30 peratus berbanding tahap 2019.

Eurocontrol kini lebih pesimistik mengenai pemulihan untuk sektor berkenaan.

Pada musim bunga, ia menjangka lalu lintas mencecah 30 peratus di bawah tahap 2019 pada Oktober, namun sekarang ia melihat kemerosotan sebanyak 57 peratus.

Sementara pandemik telah mengakibatkan syarikat mengalami kekurangan wang tunai, mereka kini mula memotong harga tambang.

Menurut ForwardKeys, syarikat yang menganalisis pasaran pelancongan, syarikat penerbangan mengurangkan tambang dari Britain, Perancis, Jerman dan Belanda ke destinasi di selatan Eropah sebanyak 15 peratus pada Ogos berban-ding tempoh yang sama tahun lalu.

Dalam satu kajian yang dikeluarkan pada Khamis, ia mendapati harga di sesetengah laluan merosot sebanyak lebih satu pertiga. – AFP