Friday, December 27, 2024
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syarikat pengurusan akan dedah punca kematian Park Bo Ram

    Syarikat pengurusan penyanyi Park Bo Ram mengeluarkan amaran keras kepada mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu dengan niat jahat berhubung kematian penyanyi berkenaan pada Khamis lalu.

    Xanadu Entertainment berkata, pihak syarikat tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sebagai menghormati pemergian mendiang secara mengejut sebelum ini.

    “Pihak syarikat, keluarga dan kenalan rapat mendiang turut terkejut dan terkesan dengan pemergian Park Bo Ram.

    “Kami mohon sesiapa yang ada memuat naik kenyataan, foto atau pun video berkaitan kematian mendiang sila padam atau berdepan tindakan,” kata wakil syarikat berkenaan kepada media di Korea Selatan.

    Dalam pada itu, memetik laporan mStar, Xanadu Entertainment memberitahu pihak mereka akan mengumumkan sendiri punca kematian Bo Ram, 30, apabila tiba masa sesuai.

    Buat masa ini, pihak syarikat dan keluarga mahu menyelesaikan urusan pengebumian mendiang terlebih dahulu.

    Malam Khamis lalu, Bo Ram ditemukan tidak sedarkan diri di dalam tandas kediaman rakannya.

    Penyanyi berkenaan yang dikejarkan ke Hospital Guri Universiti Hanyang di Seoul bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada 11:17 malam hari yang sama. – Agensi

    Agensi akan ambil tindakan undang-undang kepada pemfitnah punca kematian Bo Ram. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda