BANDAR SERI BEGAWAN, 13 MEI – Bersempena kejayaan Kempen Belanja dan Menang Raya Bad Lab x Good Virtues Co yang telah diadakan bermula Mac hingga April lalu, DCH Auriga (Borneo) telah mengadakan majlis penyampaian hadiah hari ini yang diadakan di DCH Auriga, Katok.
Antara pemenang bertuah yang diraikan dalam sesi penyampaian hadiah ialah Kon Ching Ssu, Dayang Nurul Nadiah binti Muhammad Hussini, Dayang Erawaty binti Haji Sapar, Hajah Nourul Erdayati binti Haji Jasmen Shah dan Awang Mohammad Hilmi Syafiq Izzuddin bin Haji Mat Jair.
Pelbagai hadiah yang diberikan pada majlis berkenaan merangkumi produk Bad Lab dan Good Virtues Co.
Ia adalah sebagai tanda penghargaan kepada pengguna setia di samping memberikan nilai kepuasan kepada mereka.


