Friday, February 28, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syarikat swasta AS lakukan pendaratan kedua di bulan

    FLORIDA, 27 FEB – Sebuah syarikat dari Amerika Syarikat (AS) berusaha untuk mencapai pendaratan bulan kali kedua, selepas sebuah pendarat yang membawa pelbagai eksperimen unik berjaya dilancarkan menggunakan roket SpaceX semalam.

    Intuitive Machines, mencipta sejarah tahun lalu sebagai entiti swasta pertama yang berjaya meletakkan robot di bulan, walaupun kejayaan itu sedikit tercalar apabila pendaratnya tumbang ke sisi sesuatu yang mereka harap dapat dielakkan kali ini.

    Pendarat berbentuk heksagon milik syarikat yang berpangkalan di Houston, Athena, dilancarkan menggunakan roket SpaceX, Falcon 9, pada jam 7:16 malam dari Pusat Angkasa Kennedy, NASA, di Florida.

    Jika semuanya berjalan lancar, Athena dijangka mendarat pada sekitar 6 Mac di dataran luas Mons Mouton, lokasi yang lebih dekat dengan kutub selatan bulan berbanding mana-mana sasaran sebelum ini.

    Athena membawa pelbagai instrumen saintifik, termasuk sebuah gerudi untuk mencari ais di bawah permukaan serta sebuah dron melompat pertama seumpamanya yang dinamakan Grace, sempena saintis komputer terkenal, Grace Hopper.

    Dron ini direka untuk menavigasi cerun curam, batu besar, dan kawah di permukaan bulan satu keupayaan penting dalam menyokong misi manusia pada masa depan. – AFP

    Sebuah roket SpaceX Falcon 9 yang membawa pendarat bulan kedua, Intuitive Machines, berlepas dari pad 39A di Pusat Angkasa Kennedy di Cape Canaveral, Florida, pada 26 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda