Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Syarikat teknologi asing rekod jualan di Korea

    SEJONG, 20 SEPT – Jualan oleh Google, Apple dan syarikat teknologi utama asing lain di Korea Selatan, meningkat lebih enam kali ganda pada 2021 berbanding lima tahun sebelumnya, dengan anggaran 4 trilion won (AS$2.9 bilion), menurut data yang dikeluarkan hari ini.

    Yonhap melaporkan bahawa data Perkhidmatan Cukai Negara (NTS), menunjukkan pendapatan bercukai gabungan syarikat teknologi asing itu berjumlah 3.98 trilion won tahun lepas, atau 6.5 kali ganda daripada 612.1 bilion won pada 2016.

    Sebanyak 209 syarikat ‘perkhidmatan elektronik’ asing memfailkan penyata cukai korporat dengan pihak berkuasa cukai Korea Selatan pada 2021, meningkat daripada 66, lima tahun sebelumnya.

    Google, Apple dan syarikat besar teknologi lain dianggarkan menguasai sebahagian besar daripada jualan firma asing tersebut di sini.

    Malah, 10 syarikat tek-nologi asing teratas, melaporkan pendapatan bercukai berjumlah kira-kira 3.71 trilion won tahun lepas, atau 93.1 peratus daripada jumlah agregat.

    Syarikat perkhidmatan elektronik asing tersebut hanya membayar 10 peratus cukai nilai tambah di Korea Selatan kerana mere-ka tidak mempunyai ‘tempat perniagaan tetap’ di sini.

    Sudah ada gesaan di sini supaya cukai pendapatan korporat dikenakan ke atas syarikat teknologi utama asing ini kerana mereka mengelak daripada membayar cukai masing-masing dengan alasan pelayan (server) mereka terletak di luar negara. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...