Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syarikat teknologi berdepan denda berbilion dolar

    SYDNEY, 26 JUN – Syarikat teknologi boleh berdepan denda berbilion dolar kerana gagal menangani maklumat yang salah di bawah undang-undang yang dicadangkan Australia, yang menurut badan pemerhati, hari ini akan membawa piawaian wajib kepada sektor kurang kawalan.

    Di bawah undang-undang yang dicadangkan, pemilik platform seperti Facebook, Google, Twitter, TikTok dan perkhidmatan podcasting akan berdepan penalti bernilai sehingga 5 peratus daripada perolehan global tahunan antara yang tertinggi dicadangkan di mana-mana sahaja di dunia.

    Pihak Berkuasa Komunikasi dan Media Australia, sebuah badan pemerhati kerajaan, akan diberikan pelbagai kuasa untuk memaksa syarikat daripada mencegah maklumat yang salah.

    “Perundangan itu, jika diluluskan, akan memberikan ACMA dengan pelbagai kuasa baharu untuk memaksa platform digital memberikan informasi, mendaftar dan menguatkuasakan kod industri yang wajib serta membuat piawaian industri,” kata seorang jurucakap kepada AFP.

    Badan pengasas tersebut tidak akan mempunyai kuasa untuk menurunkan atau menyekat jawatan individu.

    Tetapi ia sebaliknya boleh menghukum platform tersebut kerana gagal memantau dan memerangi kandungan palsu, mengelirukan dan menipu dengan sengaja yang boleh menyebabkan kemudaratan serius.

    Peraturan tersebut akan mengulangi undang-undang yang dijangka berkuat kuasa di Kesatuan Eropah, di mana gergasi teknologi berdepan denda hingga 6 peratus daripada pendapatan tahunan dan larangan langsung untuk beroperasi di dalam blok tersebut.

    Australia juga telah berada di barisan hadapan dalam usaha untuk mengawal selia platform digital, mendorong perusahan teknologi untuk mengancam daripada pasaran Australia, meskipun ancaman tersebut sebahagian besar tidak dipenuhi. – AFP

    Logo Twitter terpampang di luar pejabat syarikat di San Francisco, pada 19 Disember 2022. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda