Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    NIAT dinobat sebagai ‘Syarikat Telekom Satelit Tahun Ini’

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MAC – Network Integrity Assurance Technologies (NIAT) Sdn Bhd, penyedia perkhidmatan komunikasi satelit terkemuka di Brunei Darussalam, telah dinobatkan sebagai ‘Syarikat Telekom Satelit Tahun Ini’ pada majlis Anugerah Telekom Asia 2024 berprestij yang berlangsung di Pusat Ekspo & Konvensyen Marina Bay Sands di Singapura baru-baru ini.

    Ketua Pegawai Eksekutif NIAT, Lim Ming Soon, melahirkan rasa te-rima kasih dan berkongsi pandangan tentang perjalanan syarikat semasa menerima anugerah tersebut.

    “Menerima pengiktirafan ini adalah bermakna dan menggembirakan. Dilihat dan diiktiraf atas usaha kami di peringkat antarabangsa dan mengatasi cabaran untuk membentuk masa depan komunikasi satelit di Brunei, dan akhirnya rantau ASEAN adalah bukti dedikasi kami,” kata Lim.

    Acara yang diadakan itu dianggap sebagai perayaan terbesar bagi syarikat telekomunikasi paling cemerlang di Asia.

    Salah satu inovasi terbaharu NIAT, OBSERVE, melambangkan komitmen syarikat untuk meningkatkan kesalinghubungan di Brunei.

    Domain geospatial yang inovatif tersebut berfungsi sebagai alat untuk memperoleh kesedaran situasi dan ruang, membolehkan pengguna membuat keputusan berdasarkan pengetahuan.

    NIAT menganggap OBSERVE sebagai penting kepada misinya dalam membentuk landskap teknologi Brunei, menawarkan cara untuk menyepadukan penyelesaian yang lebih bijak yang meningkatkan kecekapan serta keberkesanan menyeluruh merentasi pelbagai domain.

    Kejayaan NIAT di Anugerah Telekom Asia 2024 bukan sahaja mengiktiraf pencapaian semasa mereka tetapi juga menyediakan pentas untuk sumbangan berterusan syarikat kepada pertumbuhan yang mampan pada skala tempatan dan global.

    Syarikat itu tetap teguh dalam komitmennya untuk terus menghubungkan dan membentuk masa depan komunikasi satelit.

    Lim Ming Soon merakamkan kenangan semasa menghadiri Majlis Anugerah Telekom Asia 2024. – GAMBAR SERAHAN NIAT

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...