
Pelakon Syazwan Zulkifly mendedahkan bahawa dia masih lagi mempunyai hubungan bersama bekas tunangnya iaitu Sya Zulkifli dan merancang untuk menamatkan zaman bujang pada tahun ini.
Kata Syazwan, 38, dia cuba untuk merahsiakan perkara tersebut sebaik mungkin kerana risau hubungan tersebut terhenti di tengah jalan seperti sebelum ini.
“Sekarang ini saya kembali bersama bekas tunang. Sebenarnya tahun 2020 yang kami putus itu, tahun yang sama juga kami berbaik. Cuma tidak mahu hebohkan sebab malu dengan perkara terjadi sebelum ini (putus tunang).
“Sebab kami kembali bersama antaranya adalah kucing, dan yang paling utama adalah Allahyarham ibu saya selesa dengan dia. Sebelum meninggal memang dia mahu tengok kami bersama (kahwin). Insya-Allah kalau tiada apa yang berlaku, tahun ini (kami kahwin),” katanya kepada mStar.
Syazwan memaklumkan perkara itu ketika ditemui semasa sidang media Blood Brothers di Balai Berita, Jalan Riang, Bangsar, Kuala Lumpur pada Isnin. – Agensi