Friday, December 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sydney Airport terima tawaran pengambilalihan AS$17 bilion

    SYDNEY, 5 JULAI – Sydney Airport menerima tawaran pengambilalihan bernilai berbilion dolar daripada konsortium pelabur Australia hari ini, justeru mendorong harga sahamnya meningkat.

    Konsortium pelabur infrastruktur dan dana pencen Australia itu menawarkan Aus$8.25 sesaham – atau Aus$22.3 bilion (AS$17 bilion).

    Cadangan itu ‘telah dikemukakan semasa pandemik global yang telah menjejas teruk industri penerbangan dan harga keselamatan Sydney Airport,’ kata lembaga lapangan terbang dalam satu kenyataan kepada Bursa Saham Australia.

    “Harga awal adalah lebih rendah berbanding harga keselamatan Sydney Airport yang diniagakan sebelum pandemik.”

    Pelabur, menggelar diri mereka Perikatan Penerbangan Sydney, mengesahkan tawaran tersebut, berkata mereka melabur bagi pihak le-bih enam juta anggota dana pencen Australia. Perikatan berkata cadangan itu akan memastikan pemilikan Australia berterusan dalam lapangan terbang terbesar negara, ‘demi kepentingan jangka panjang Sydney dan pelancong awam.’

    Harga saham Sydney Airport naik lebih 30 peratus selepas tawaran, yang kini sedang dipertimbang oleh lembaga syarikat. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda