Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sydney jadi hos kelayakan Olimpik

    KUALA LUMPUR, 21 FEB – China akan bermain ‘di tempat sendiri’ pusingan kedua kelayakan Olimpik bola sepak wanita menentang Korea Selatan di Sydney, Konfederasi Bola sepak Asia (AFC) mengumumkan Jumaat lalu, selepas penularan wabak koronavirus menyebabkan mustahil mengadakan perlawanan tersebut di China.

    Perlawanan tersebut akan menentukan pasukan yang layak untuk pergi ke sukan Olimpik Tokyo, yang mana tempat perlawanan akan dilangsungkan di Stadium Campbelltown pada 11 Mac nanti, dan pusingan pertama adakan diadakan di Korea Selatan pada 6 Mac.

    “Pemenang kedua-dua pusingan play-off akan menempah tempat di sukan Olimpik Tokyo bersama dengan penganjur Jepun, dan pemenang perlawanan play-off yang lain iaitu Australia akan menentang Vietnam pada hari yang sama,” AFC memberikan keterangan.

    Sukan di China terpaksa di berhentikan sementara waktu disebabkan oleh koronavirus, yang berasal dari bandar di tengah-tengah China, Wuhan pada bulan Disember lalu yang telah meragut lebih dari 2,200 orang, yang kebanyakannya di China. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda