SYDNEY, 3 JAN – Pihak berkuasa kesihatan New South Wales (NSW) Australia hari ini menasihatkan orang ramai yang berada di kawasan CBD Sydney sejak 10 hari lalu supaya berwaspada terhadap gejala penyakit Legionnaires, lapor Xinhua.
Seramai tujuh orang yang menghidap penyakit Legionnaires (sejenis radang paru-paru yang teruk) sebelum ini telah menghabiskan masa di kawasan itu dalam tempoh tiga minggu lepas, menurut Kementerian Kesihatan tempatan dalam satu kenyataan media.
Kesemua pesakit kini menerima rawatan radang paru-paru dan disahkan dijangkiti bakteria Legionella yang menyebabkan penyakit Legionnaires.
Penyakit itu sering dikaitkan dengan menara penyejuk bangunan-bangunan besar yang tercemar. – Bernama
