Wednesday, July 16, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syed Saddiq jadi Superman

    Menyerlah dengan gaya luar biasa, kehadiran Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencuri tumpuan apabila tampil penuh bersemangat mengenakan kostum Superman sempena majlis sambutan hari lahir anak-anak pelakon dan penyanyi Bella Astillah yang berlangsung meriah dengan tema adiwira.

    Menerusi satu hantaran Insta Story, Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabella Astillah, 31, sempat bergurau mengenai penampilan Syed Saddiq yang hadir ke majlis sambutan hari lahir anak-anaknya, Ayden Adrean yang kini berusia lapan tahun dan adiknya, Ara Adreanna yang menyambut ulang tahun kelima.

    Bertemakan watak-watak filem adiwira dan animasi, kedua-dua cahaya mata pelantun lagu Lebih Indah Terpisah itu tampil comel dengan kostum pilihan masing-masing iaitu Ayden sebagai Iron Man manakala Ara pula mengenakan kostum Moana.

    Kemunculan Syed Saddiq turut mencuri perhatian warganet apabila mesra melayani dan bergambar bersama Ara.

    Antara kenangan manis yang dirakam ketika anak perempuan Bella itu memeluknya erat Syed Saddiq.

    Menurut Kosmo, ahli politik muda itu juga dilihat tidak kekok beramah mesra dan bergambar bersama keluarga Bella, sekali gus menceriakan suasana majlis tersebut. – Agensi

    Syed Saddiq bersama Bella Astilah dan anaknya semasa majlis hari jadi. – Utusan Malaysia
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda