Wednesday, March 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syed Saddiq malu jawab status hubungan dengan Bella Astillah

    Selepas menjadi fenomena kerana disatukan sebagai model dan konten pakaian raya, ramai peminat mendoakan supaya pelakon dan penyanyi Bella Astillah dijodohkan bersama Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq.

    Mengulas mengenai perkara itu, Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, berkata dia menyerahkan segala takdir kepada Allah.

    “Kita doakan yang baik-baik sahaja. Sekarang ini saya hanya fokus kepada kerja terlebih dahulu. Dan selebihnya itu saya serahkan (takdir) kepada Allah.”

    “Kalau ada jodoh, Alhamdulillah. Untuk sekarang ini kita simpan dahulu,” katanya kepada mStar ketika ditemui di sebuah butik di Bangi. – Agensi

    Syed Saddiq dan Bella Astillah menjadi duta jenama pakaian raya. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda