Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syed Saddiq nafi malas layan Bella Astillah

    Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil menjelaskan dakwaan kononnya dia enggan melayan gurauan ‘pickup line’ yang diberikan penyanyi Bella Astillah.

    Menurut Syed Saddiq, 32, tanggapan bahawa dia menunjukkan reaksi dingin tidak benar sama sekali.

    “Saya lihat ada komen kata saya buat muka, itu tak betul. Bagi saya, Bella seorang yang cerdik dan pandai. Apa yang dia buat jarang dirancang.

    “Saya sebenarnya suka mendengar, cuma kadang-kadang reaksi saya mungkin berbeza. Ada ketika orang buat lawak terbaik pun saya nampak macam tiada perasaan, tetapi secara peribadi saya tetap enjoy,” katanya kepada mStar.

    Mengulas mengenai komen warganet yang mendakwa sudah mula meluat melihat pendekatan Bella yang tidak henti memberikan pickup line, Syed Saddiq mengambil maklum setiap teguran yang diberikan.

    “Saya sebenarnya tiada masalah, malah saya sendiri menikmati momen itu. Cuma daripada perspektif orang luar yang menonton, ada yang berasa kurang senang.

    “Saya akan cuba faham sebaik mungkin pandangan mereka dan cari titik pertengahan supaya saya masih boleh jalankan tanggungjawab hakiki membantu masyarakat dan memenuhi kehendak audiens berbeza,”katanya.

    Dalam masa sama, Syed Saddiq menegaskan tindakan berbalas pickup line ketika siaran langsung adalah untuk memenuhi permintaan peminat serta klien.

     “Ketika kami live ramai yang bertanya atau minta kami berikan pickup line di luar kotak. Malah klien sendiri turut minta perkara itu dilakukan, jadi kami hanya menunaikan tanggungjawab tersebut.

    “Segala pickup line yang dibuat adalah spontan sebab itulah ada masa jadi lawak yang hambar. Saya pula agak skema dan industri ini sangat baharu untuk saya.

    “Namun selepas banyak kali bekerjasama dengan Bella saya sudah dapat rentak dan sudah boleh baca apa lawak yang dia nak selitkan. Dulu saya macam ‘apa benda ini’, tetapi lama-kelamaan saya semakin faham,”katanya. – Agensi

    Syed Saddiq menolak dakwaan enggan melayan gurauan ‘pickup line’ yang diberikan Bella Astillah. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda