Syiar Islam terus bersinar

Oleh Daniel Lim

BELAIT, 31 MEI – Seorang lelaki ateis telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis yang berlangsung di Pusat Dakwah Islamiah (PDI) cawangan Daerah Belait, kelmarin, setelah memilih agama suci Islam sebagai pegangan hidupnya.

Chin Pou Hua yang memilih nama Islamnya sebagai Muhammad Iqbal Salihin Chin bin Abdul Muiz @ Chin Pou Hua telah melafazkan ikrar pengislamannya di hadapan guru agama terlatih di PDI, Awang Muhammad Rushdi bin Abdullah.

Pada majlis itu, Pembantu Ketua Unit Dakwah Daerah Belait, Hajah Salimah binti Haji Hassan turut menyampaikan cenderahati kepada saudara baharu berkenaan.

Dengan pengislaman berkenaan, pusat tersebut telah mencatatkan seramai 22 orang yang memeluk agama Islam setakat tahun ini di Daerah Belait, manakala itu, tahun lalu daerah ini mencatatkan 64 pengislaman.

Muhammad Iqbal Salihin Chin menerima cenderahati daripada Hajah Salimah selepas majlis pengislaman di PDI Daerah Belait. – Gambar serahan PDI Daerah Belait