Wednesday, May 15, 2024
24 C
Brunei

    -

    Syiling berukiran wajah Raja Charles III dikeluarkan

    LONDON, 30 SEPT – Kilang Wang Diraja Britain, Royal Mint, mengumumkan syiling pertama yang diukir dengan wajah Raja Charles III sudah siap.

    Justeru, rakyat Britain boleh menyaksikan imej Raja yang baru ditabal itu pada syiling 50 penny bermula Disember ini dan akan diedarkan secara berperingkat. Menurut Royal Mint hari ini, ukiran diraja yang dicipta pengukir British, Martin Jennings, memperoleh kelulusan secara peribadi daripada Charles.

    Ia selaras dengan tradisi yang memperlihatkan potret Raja menghadap ke kiri iaitu arah bertentangan dengan ibunya, mendiang Ratu Elizabeth II.

    “Charles mengikuti tradisi umum yang kita lakukan untuk syiling British. “Sebenarnya Charles sendiri mahu wajah monarki itu menghadap ke arah bertentangan berbanding mendiang bondanya,” kata Chris Barker dari Muzium Royal Mint.

    Potret Charles pada syiling berkenaan diukir tanpa mahkota. Tulisan bahasa Latin yang mengelilingi potret itu membawa maksud ‘Raja Charles III, dengan Rahmat Tuhan, Pelindung Agama’.

    Turut dilancarkan pada Isnin depan adalah syiling bernilai 5 pound, sebagai memperingati kehidupan dan warisan mendiang Ratu Elizabeth II. – AP

    Dua syiling baharu yang menampilkan wajah Raja Charles III pada syiling 50 penny (kiri) dan syiling 5 pound, semasa previu media di London pada 29 September 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hospital di India terima ancaman bom

    NEW DELHI, 14 MEI – Beberapa buah hospital di Ibu Kota India, Delhi hari ini menerima panggilan ancaman bom, memaksa pihak pentadbiran untuk menghubungi...