Saturday, December 14, 2024
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sylvester, Arnold dulu bermusuh kini bersahabat

    Sylvester Stallone dan Arnold Schwarzenegger pernah saling bermusuhan dalam dunia seni lakonan, tetapi kini, kedua-duanya telah berubah menjadi sahabat baik.

    Memetik kenyataan daripada portal tabloidbintang, pertemuan pertama dua pelakon aksi terkenal itu berlaku pada 1977 semasa majlis Golden Globe.

    Pada masa itu mereka berdua saling membenci dan tidak tahan dengan kehadiran antara satu sama lain.

    Bahkan kisah permusuhan mereka berlanjutan dalam dunia perfileman.

    Kononnya, watak penjahat dalam filem yang dibintangi oleh Sylvester, Rocky IV, dilaporkan terinspirasi oleh Arnold.

    Sementara itu, Arnold membuat jenaka tentang Rambo dalam filemnya, Twins (1988).

    Namun, itu adalah kisah lama. Kini, Sylvester dan Arnold bersahabat. Mereka juga berkolaborasi dalam pelbagai filem seperti The Expendables 2 dan The Expendables 3 serta Escape Plan.

    Dalam satu temu janji bersama Entertainment Tonight, Sylvester pernah berkata, “Saya sentiasa cuba mencari kegembiraan ketika berada dalam suasana yang bosan.

    “Kadang-kadang, interaksi kami boleh menjadi agak menguji kesabaran dan ada orang pernah memberi nasihat agar saya diam, sepertimana hubungan saya dengan Arnold.” – Agensi

    Kini, Sylvester Stallone dan Arnold Schwarzenegger bersahabat baik. – Variety
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda