Friday, October 18, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sylvester Stallone pernah kerja salon

    Pasti tiada siapa pernah menyangka di sebalik wajah serius dan badan sasa Sylvester Stallone, bintang legenda Hollywood ini pernah bekerja di sebuah salon, lapor mStar.

    Pada usia belasan tahun, Sylvester bekerja di salon milik ibunya sebagai hukuman kerana sering menimbul masalah di sekolah.

    Sylvester, 77, mendedahkan walaupun tidak berminat dengan kerja yang dilakukan namun dia terpaksa kerana tiada pilihan.

    Pun begitu katanya, selepas beberapa bulan bekerja di salon tersebut dia mula terbiasa dengan kerja-kerja memotong rambut wanita dengan pelbagai fesyen.

    Malah ceritanya, dia juga pernah melakukan beberapa kesalahan termasuk tersilap mencampur warna sehingga rambut pelanggannya bertukar hijau.

    “Ia mungkin pengalaman yang tak dapat saya lupakan. Mungkin saya terpaksa bekerja di situ tapi banyak yang saya belajar tentang teknik memotong rambut,” katanya.

    Untuk rekod, Sylvester memulakan karier di Hollywood sekitar tahun 1970an dan filem Rocky pada 1976 melonjakkan namanya sebagai pelakon aksi.

    Sylvester juga dilaporkan antara pelakon dengan bayaran tertinggi di Hollywood iaitu AS$20 juta untuk setiap projek. – Agensi

    Sylvester mahir memotong rambut wanita. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda