Tuesday, December 17, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sylvinho bangga pencapaian anak buah

    DUSSELDORF, 25 JUN – Sylvinho memuji pemain Albania walaupun mereka tersingkir awal daripada Euro 2024 selepas tewas 1-0 kepada Sepanyol kelmarin dan menduduki tangga tercorot Kumpulan B.

    Pengembaraan Albania di Euro berakhir di Dusseldorf selepas Ferran Torres menjaringkan gol tunggal untuk juara kumpulan, Sepanyol.

    Pasukan Sylvinho menamatkan saingan hanya dengan satu mata tetapi bermain dengan gigih dalam setiap perlawanan dalam kumpulan yang mencabar yang turut melibatkan pasukan gergasi antarabangsa seperti Itali dan Croatia.

    Mereka juga menjaringkan gol terpantas yang pernah dicapai dalam perlawanan Euro ketika tewas 2-1 kepada Itali dalam perlawanan pembukaan.

    “Saya sangat berbangga dengan pemain-pemain saya dan negara ini. Ini adalah kali kedua kami bermain dalam kejohanan ini dan saya pernah katakan sebelum ini bahawa saya sangat gembira dengan negara, persekutuan dan para penyokong,” kata Sylvinho kepada pemberita.

    “Ramai yang menganggap Itali dan Croatia akan menjaringkan empat atau lima gol menentang kami, tetapi pemain-pemain saya percaya dengan kerja keras yang kami lakukan.

    “Kami berjaya bersaing dengan tiga pasukan kebangsaan yang hebat, pasukan yang bermain dalam peringkat suku akhir dan separuh akhir,” katanya.

    Albania belum pernah beraksi dalam Piala Dunia tetapi Sylvinho berkata negara itu bersedia untuk usaha kelayakan yang serius bagi kejohanan seterusnya yang akan diadakan di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico pada 2026.

    “Objektif Albania FA adalah untuk terus bermain dalam kejohanan penting dan terus memperbaiki prestasi. Kami mempunyai keupayaan untuk misi itu,” tambah Sylvinho. – AFP

    Aksi pemain Albania, Nedim Bajrami menjaringkan gol terpantas dalam perlawanan Euro semasa menentang Itali di Dortmund, Jerman pada 15 Jun lalu. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda