Friday, January 24, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syria buka ekonomi kepada pelaburan asing

    DAVOS, 23 JAN – Menteri Luar pentadbiran baharu Syria, Asaad Al Shaibani mengumumkan bahawa sebuah jawatankuasa pakar daripada pelbagai puak di Syria akan mula merangka perlembagaan baharu susulan dialog nasional, lapor agensi berita Qatar, QNA.

    Bercakap pada Forum Ekonomi Dunia di Davos, Al Shaibani turut mendedahkan rancangan untuk membuka ekonomi Syria kepada pelaburan asing, dengan tumpuan kepada perkongsian tenaga dan elektrik dengan negara serantau.

    Beliau menekankan bahawa menarik balik sekatan yang dikenakan semasa pemerintahan presiden yang ‘digulingkan’, Bashar Al Assad adalah penting untuk kestabilan Syria, sambil menegaskan bahawa sekatan itu yang pada asalnya bertujuan memberi manfaat kepada rakyat Syria, kini memberi kesan buruk kepada mereka. – Bernama

    Gambar AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda