Sunday, April 13, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syria, Korea Selatan setuju pulihkan hubungan diplomatik

    BEIRUT, 11 APRIL – Menurut laporan Sputnik, Kementerian Luar Syria kelamrin telah mengumumkan Syria dan Korea Selatan telahmenandatangani perjanjian untuk memulihkan semula hubungan diplomatik, hampir sembilan tahun selepas hubungan itu diputuskan.

    “Menteri Luar Syria, Asaad al-Shaibani menandatangani perjanjian bersama rakan sejawatannya dari Korea Selatan, Cho Tae Yul di Damsyik untuk memulihkan semula hubungan diplomatik serta memperkukuh hubungan persahabatan dan kerjasama antara kedua-dua negara demi manfaat rakyat masing-masing, termasuk pembukaan kedutaan dan pertukaran misi diplomatik,”

    Kedua-dua pihak turut menegaskan komitmen mereka terhadap prinsip hubungan berasaskan kewujudan secara aman, kedaulatan, saling menghormati wilayah, serta tidak mencampuri hal ehwal dalaman negara masing-masing. – Bernama

    Cho Tae-yul dan Asaad al-Shaibani, bersalaman selepas menandatangani kenyataan kerjasama antara dua negara di Damascus, Syria, 10 April. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda