BEIRUT, 25 Feb – Tentera rejim Syria telah membuat serangan udara terbaru pada pagi hari ini di kawasan enklaf Timur Ghouta, kata pemerhati, walaupun Majlis Keselamatan PBB menuntut gencatan senjata ‘tanpa penangguhan’.
Serangan itu termasuk dua serangan di pinggir Douma, bandar utama di Timur Ghouta, menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria yang beribu pejabat di Britain.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)