Monday, July 21, 2025
30.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syria: Puak bersenjata berundur dari Suwayda selaras perjanjian gencatan senjata

    SUWAYDA, 20 JULAI – Wakil puak di wilayah selatan Syria, Suwayda kelmarin mengumumkan bahawa mereka telah mengundurkan elemen bersenjata dari bandar itu selaras dengan perjanjian gencatan senjata, lapor agensi Anadolu (AA).

    “Menerusi perbincangan bersama semua anggota suku dan puak di Suwayda, kami memutuskan untuk mematuhi perjanjian gencatan senjata, mengutamakan pertimbangan rasional dan kawalan diri, serta memberi ruang kepada institusi sah negara untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dalam mengembalikan keamanan dan kestabilan.

    “Sehubungan itu, kami mengisytiharkan bahawa semua pejuang kami telah diundurkan dari bandar Suwayda,” menurut kenyataan bersama mereka.

    Wakil puak itu turut mengeluarkan amaran sekiranya berlaku pelanggaran terhadap perjanjian gencatan senjata: “Sekiranya mana-mana kumpulan haram melanggar perjanjian ini, suku dan puak Syria akan bertindak tegas,” tambah kenyataan itu. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda