Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syria serah surat kepada Ketua PBB, UNSC kecam serangan Israel

    HAMILTON, 10 DIS – Syria menyerahkan surat rasmi kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres dan Majlis Keselamatan PBB (UNSC) kelmarin, mengecam serangan terbaharu Israel ke atas wilayahnya, menurut Duta Syria ke PBB, Qusay Al-Dahhak, lapor agensi Anadolu.

    “Kami telah menghantar surat serupa hari ini, atas arahan kerajaan Syria kepada Setiausaha Agung dan Majlis Keselamatan, bagi mengecam serangan Israel ini,” kata Al-Dahhak kepada pemberita selepas sesi tertutup Majlis Keselamatan yang membincangkan situasi di Syria.

    Beliau menyeru PBB dan UNSC untuk bertindak tegas dalam mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa serta meng-hentikan serangan Israel ke atas Syria.

    Al-Dahhak turut mengecam serangan udara Israel baru-baru ini yang didakwa menyasarkan infrastruktur awam dan ketenteraan di Syria.

    Beliau menuduh Israel mengambil kesempatan daripada situasi peralihan politik di Syria untuk melaksanakan agenda penjajahan mereka, sambil menggesa UNSC memaksa Tel Aviv mematuhi undang-undang dan resolusi antarabangsa, termasuk Perjanjian Pemisahan 1974.

    Ketika ditanya mengenai perkembangan di Syria selepas kumpulan anti-rejim menguasai Damsyik, Al-Dahhak berkata rakyat Syria kini menyaksikan era baharu perubahan, iaitu fasa baharu dalam sejarah.

    “Mereka berharap untuk membina negara yang berlandaskan kebebasan, kesaksamaan, kedaulatan undang-undang dan demokrasi.

    “Kami akan bekerjasama untuk membangunkan semula negara kami, memulihkan apa yang musnah dan membina masa depan yang lebih baik untuk semua rakyat Syria. – Bernama

    Gambar menunjukkan kereta kebal Israel bergerak di zon antara Israel dan Syria pada 10 Disember. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda