Saturday, March 15, 2025
25.1 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Syukur berniaga tanpa bayaran sewa

Oleh Azlan Othman – 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JUN – Para peniaga makanan di Sumbangsih Mulia meluahkan rasa syukur kerana dibenarkan untuk berniaga di kawasan yang sesuai tanpa bayaran sewa, di mana peniaga hanya perlu membayar kira-kira $50 sebulan untuk bil elektrik dan air.

Gerai makanan tersebut merupakan pesambah kehadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Keputeraan Baginda ke-60 oleh Pengerusi Sumbangsih Mulia, Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin.

Dua daripada peniaga yang menjual mi, soto dan rojak memberitahu wartawan bahawa mereka merasa bersyukur kerana Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan kerajaan Baginda telah memperuntukkan tempat tersebut di mana sebelum ini para peniaga di kawasan perindustrian Beribi dan sekitarnya menjual makanan mereka di tepi jalan yang membahayakan pejalan kaki dan pemandu.

Para peniaga juga merasa bertuah kerana Pengerusi Sumbangsih Mulia turut menyediakan kerusi dan meja secara percuma dan mereka tidak perlu membayar kos penyelenggaraan atau kerosakan jalan.

Sumbangsih Mulia dengan kerjasama Perkhidmatan Kaunseling dan Bimbingan di Jabatan Penjara juga memperuntukkan sebuah petak untuk perkhidmatan cuci kereta untuk memberi peluang pekerjaan kepada Rakan Seliaan (RS) di bawah seliaan dan pemantauan, Jabatan Penjara.

Gerai makanan Sumbangsih Mulia di Beribi. – Gambar oleh Azlan Othman
- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda