Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syukur kereta bukan dicuri, Shuib

    Pelawak dan usahawan Shuib memaklumkan kereta miliknya yang dilaporkan hilang di Shah Alam, Selangor sudah ditemui. 

    Menurut laporan mStar, Shuib atau Shahmira Muhamad, 41, mengucapkan terima kasih atas keprihatinan orang ramai dan menjelaskan kereta jenis Toyata CHR miliknya berada dalam keadaan baik. 

    “Alhamdulillah kereta saya sudah ditemui semula. Orang ramai sudah tidak perlu risau lagi”.

    “Terima kasih kerana prihatin dengan perkongsian saya sebelum ini,” katanya ringkas ketika dihubungi mStar. 

    Menurut Shuib, kereta yang diletakkan di Mahkamah Shah Alam pada Isnin bukan dicuri, kereta dah dapat dan berada dalam keadaan baik.

    Sebelum ini, Shuib memaklumkan kereta Toyota CHR warna kuning miliknya dilaporkan hilang sewaktu dia sedang menyelesaikan urusan di Mahkamah Shah Alam.

    Dakwa Shuib, dia tidak pasti sama ada kereta tersebut dicuri atau ditarik oleh penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). – Agensi

    Shuib bersyukur kereta jenis Toyota CHR ditemui semula.- mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda