Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JAN – Sempena ulang tahun perasmiannya yang ke-40, Masjid Kampung Sungai Besar telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran di masjid berkenaan, hari ini.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan Datin Hajah Nahriah binti Haji Hasbi yang me-ngepalai bacaan Surah Al-Fatihah.
Majlis kemudian diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan Doa Khatam yang dipimpin oleh Awang Firdaus bin Salleh dan di-serikan dengan Dikir Marhaban.
Majlis diselajurkan dengan penyampaian derma berupa baucar daripada masjid berkenaan dan wang tunai daripada tetamu kehormat kepada 18 orang anak yatim di kampung berkenaan.
Masjid berkenaan yang pertama telah didirikan pada akhir tahun 1964 di atas tanah seluas ¼ ekar di atas bukit berseberangan dengan mas-jid yang sedia ada pada masa ini.
Tanah masjid tersebut telah diwakafkan oleh Allahyarham Awang Yassin bin Mokti dan bangunan masjid tersebut dianggarkan hanya dapat menampung tidak lebih daripada 40 orang jemaah.
Pada 1 Oktober 1982 sebuah masjid baharu telah didirikan oleh pihak kerajaan di kawasan tanah seluas 2 ekar dan dianggarkan boleh menampung sehingga 250 orang jemaah.
Masjid baharu berkenaan dirasmikan pada 1 Januari 1984 dan terus berdiri dengan megahnya sehingga ke hari ini.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2024/01/P3-1Masjid-5_02012024.jpg)
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2024/01/P3-1Masjid-3_02012024.jpg)
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2024/01/P3-1Masjid-7_02012024.jpg)