Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JULAI – Nikmat merupakan satu ujian dan dugaan daripada Allah SWT bertujuan menguji sejauh mana keteguhan dan kekuatan iman hambaNya, sama ada mereka semakin beriman, bertakwa dan lebih mendekatkan diri lagi kepadaNya atau sebaliknya. Sehubungan itu, kunci untuk mengekalkan nikmat kurniaanNya adalah dengan menzahirkan syukur atas segala

