Friday, December 1, 2023
29.6 C
Brunei

    -

    Syura pilih diet bentuk badan idaman

    Penyanyi Syura Badron tidak akan sesekali melakukan pembedahan semata-mata demi mendapatkan bentuk badan idaman dan berpuas hati menggunakan cara semula jadi iaitu diet.

    Syura atau Zuraidah Badron, 37, berkata, melalui cara tersebut ia sebenarnya dapat mengekalkan saiz badan dengan lebih lama.

    “Saya lebih puas kalau kurus secara natural, ia akan bertahan lebih lama… Maksudnya kalau nak kembali ke bentuk asal itu susah sikit.

    “Ada juga kawan-kawan yang buat (pembedahan), tapi disebabkan tidak jaga makan, kembali ke bentuk asal,” katanya kepada mStar.

    Berat badan Syura sebelum ini pernah mencecah 80 kilogram dan berjaya menurunkan sebanyak 32 kilogram hasil mengamalkan diet.

    Dalam pada itu, Syura berkata, diet memerlukan kesabaran tinggi selain mengambil tempoh panjang dan tidak boleh mengharapkan keputusan yang cepat.

    “Saya kini berat badan pun tengah naik sedikit. Tapi sekarang saya tengah berdiet. Walaupun sekarang saya sudah berusia, saya yakin saya mampu walaupun agak lambat.

    “Lagi satu cabaran untuk kurus ini dengan diet ini adalah susah untuk ktia mulakannya. Hari ini cakap nak diet, tapi esok tak buat-buat. Tapi bila sudah mula akan konsisten,” ujarnya. – Agensi

    Syura tetap pilih diet berbanding pembedahan untuk kurus. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Semakin ramai pelajar Korea mahu jadi doktor kerana gaji tinggi

    SEOUL, 1 DIS - Pendapatan tinggi telah menjadi sebab utama pelajar sekolah rendah dan menengah di Korea Selatan memilih menjadi doktor perubatan sebagai laluan...