Penyanyi antarabangsa, SZA baru-baru ini membuat pendedahan bagaimana membesar sebagai Muslim selepas peristiwa 9/11 di Amerika Syarikat dan berusaha untuk setia kepada keimanannya.
Melalui temu bualnya bersama Muslim Girl, penyanyi yang dibesarkan di New Jersey itu bercakap mengenai dia dan ayahnya berdepan jenayah kebencian, yang menyebabkannya rasa takut untuk mendalami agama Islam di sekolah, terutama selepas serangan pengganas pada tahun 2001 yang berlaku di New York.
“Saya berhenti memakai hijab selepas 9/11 kerana saya sangat takut. Saya menyesal, takut, dan mengambil peduli apa yang orang katakan tentang saya,” kata SZA.
SZA turut berkongsi pengalamannya secara ‘langsung’ dengan Islamofobia termasuklah dikejar dengan kanak-kanak di sekolah, hijabnya dirampas, dan seseorang melemparkan batu bata di masjid bapanya.
Sewaktu di sekolah menengah, SZA memakai hijabnya kembali. Namun, dia mendapat kritikan oleh rakan sekelasnya.
“Mereka seperti, ‘Apa ini? Anda tidak menjalani hidup anda dengan betul. Anda bukan benar-benar Muslim. Diam’. Saya sentiasa membiarkan seseorang menentukan bagaimana diri saya,” jelas SZA.
Penyanyi lagu All The Stars ini turut menyatakan hasratnya untuk memakai hijab sepenuh masa termasuk sewaktu mengadakan konsert. – Agensi
