BARCELONA, 29 JAN – Jurulatih Barcelona, Hansi Flick, berkata kelmarin dia dan kakitangannya telah memilih Wojciech Szczesny berban-ding Inaki Pena sebagai penjaga gol pilihan pertama pasukan itu.
Gergasi Catalan itu membawa masuk bekas pemain antarabangsa Poland, Szczesny, daripada bersara sebagai penandatanganan kecemasan Oktober lalu selepas Marc-Andre ter Stegen mengalami kecederaan lutut yang teruk.
Pena telah menjadi pemain nombor satu kelab tersebut pada separuh pertama musim tetapi Szczesny dipilih dalam dua perlawanan sebelumnya.
“Tugas saya ialah membuat keputusan mengenai kedudukan ini… bagi saya Tek (Szczesny) adalah pemain berpengalaman dan dia mempunyai personaliti yang baik, walaupun kedua-duanya adalah penjaga gol yang hebat,” kata Flick pada sidang media menjelang perlawanan Liga Juara-juara menentang Atalanta, hari ini.
“Saya dan juga pasukan saya termasuk kakitangan kejurulatihan telah membuat keputusan untuk Tek… kedua-duanya sangat bagus, dan pada masa lalu Pena melakukan kerja yang baik, tetapi sekarang saya membuat keputusan itu. – AFP