Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sze Fei dan Nur Izzuddin mahu balas kepercayaan BAM

    KUALA LUMPUR, 31 JAN – Beregu lelaki Malaysia, Goh Sze fei-Nur Izzuddin Rumsani tekad membalas kepercayaan diletakkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terhadap mereka, dengan menampilkan aksi bertenaga pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 dari 13 hingga 18 Februari ini.

    Walaupun dibelenggu prestasi kurang memberangsangkan pada permulaan musim 2024, Sze Fei mengakui terharu apabila barisan kejurulatihan masih mempercayai kemampuan mereka bagi menggalas tanggungjawab beraksi untuk skuad kebangsaan pada BATC 2024, yang dijadual berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.

    “Sangat berterima kasih kepada BAM, masih percaya kepada kami. Saya harap agar dapat bermain dengan bagus dan sumbang satu mata untuk negara di BATC 2024,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan.

    Pasangan di ranking ke-22 dunia itu bermula goyah pada awal musim 2024 selepas tersingkir awal pada Terbuka Malaysia, Terbuka India dan Masters Indonesia.

    Mereka ditunjukkan jalan keluar pada pusingan kedua Terbuka Malaysia oleh rakan senegara Aaron Chia-Soh Wooi Yik, 15-21, 16-21 dan sekali lagi tersingkir di pusingan sama pada Terbuka India di tangan gandingan China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi, 19-21, 21-17, 17-21. 

    Malang terus menimpa Sze Fei-Nur Izzuddin selepas tumpas mengejut pada pusingan pertama Masters Indonesia kepada gandingan ke-39 dunia dari Thailand, Pharanyu Kaosamaang-Worrapol Thongsa-nga, 14-21, 21-14, 18-21.

    Beliau pada masa sama juga bersedia digandingkan dengan pemain lain sekiranya barisan kejurulatihan ingin membuat eksperimen dengan ‘memecahkan’ gandingan sedia ada pada perlawanan tertentu di BATC 2024.

    Selain Sze Fei-Nur Izzuddin, BAM mempertaruhkan Aaron-Wooi Yik serta pasa-ngan meningkat naik, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri. – Bernama

    Sze Fei (kiri) dan Nur Izzuddin ketika menentang regu senegara di Axiata Arena Bukit Jalil pada 11 Januari. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda