KUALA LUMPUR, 1 JULAI – Beregu lelaki Malaysia, Goh Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menampilkan aksi cemerlang untuk mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2022 di Axiata Arena Bukit Jalil, di sini, kelmarin.
Pada saingan suku akhir, sokongan padu ribuan penyokong sendiri membantu membangkitkan semangat juang beregu nombor 12 dunia itu untuk menundukkan juara Terbuka Indonesia, baru-baru ini, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi dari China.
Ibarat ulangan final Terbuka Jerman 2022, Mac lalu, pasangan China itu gagal membendung permainan bercorak serangan dan pantas oleh wakil tuan rumah dengan menyaksikan beregu Malaysia memiliki kelebihan selesa 13-5 sebelum melengkapkan set pertama 21-11.
Walau bagaimanapun, set kedua bertambah sengit selepas kedudukan terikat 20-20 sebelum drop shot oleh Sze Fei membantu beregu Malaysia mengesahkan slot separuh akhir dengan kemenangan 22-20.
Pada Terbuka Jerman, beregu Malay-sia meraih gelaran sulung kejohanan Jelajah Dunia apabila menewaskan gandingan baharu China itu, 23-21,16-21, 21-14.
Pada saingan separuh akhir hari ini, beregu Malaysia bukan pilihan itu bakal berdepan dengan pemenang antara beregu professional Malaysia, Yew Sin-Teo Ee Yi dan pilihan keenam, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia. – Bernama