Monday, February 3, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    T.O.P tak akan kembali ke pangkuan BigBang

    Rasa bersalah yang masih menebal selepas dipenjara 10 bulan akibat penyalahgunaan dadah pada 2017, menjadi faktor mengapa penyanyi dan pelakon terkenal Korea Selatan, T.O.P enggan kembali ke pangkuan kumpulan, BigBang.

    Dalam temu bual eksklusif bersama The Korea Herald, T.O.P atau nama sebenar, Choi Seung-hyun mengesahkan tidak akan kembali kepada kumpulan legenda kegilaan ramai itu.

    Dalam temu bual pertama selepas 11 tahun, T.O.P membuka mulut mengenai alasan di sebalik pengundurannya daripada BigBang, biarpun tiga anggotanya, iaitu G-Dragon, Taeyang dan Daesung bersatu dan beraksi pada MAMA Awards 2024.

    “Mengenai langkah ke hadapan secara solo, saya fikir jika saya menghadapi kritikan dan kecaman, itu adalah sesuatu yang boleh saya tangani sendiri.

    “Namun, selagi saya masih menjadi sebahagian daripada BigBang, rasa bersalah itu tidak akan hilang.

    T.O.P pernah terbabit dalam skandal penggunaan ganja yang menyebabkannya dihukum penjara 10 bulan pada 2017.
    – Republicworld

    “Saya percaya, saya tidak boleh membiarkan kumpulan ini terus menderita kerana saya.

    “Sebab tidak pulang ke pangkuan mereka, sejujurnya kerana saya terlalu malu untuk berhadapan dengan ahli lain,” katanya.

    Selepas berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam hidup, termasuk masalah undang-undang pada 2017, T.O.P berusaha melarikan diri daripada peristiwa hitam yang masih menghantuinya.

    “Selama 10 tahun kebelakangan ini, saya hanya bergerak antara rumah dan studio muzik saya. “Saya tinggal di studio kerana mencipta muzik adalah satu-satunya masa yang saya fikir boleh melarikan diri daripada kegelapan,” katanya.

    Pada 2017, T.O.P terbabit dalam skandal penggunaan ganja yang menyebabkan dia dihukum penjara 10 bulan.

    Walaupun melalui tempoh sukar, T.O.P mengharungi krisis peribadi. Namun, perasaan bersalah terhadap ahli kumpulan tetap menghantui sehingga dia mengambil keputusan berundur pada 2023 dan meneruskan karier secara solo. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda