Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    T5 anjur kejohanan badminton persahabatan

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JUN – Pasukan Badminton T5 telah membuka tirai kejohanan badminton tersahabatan dengan pusingan pertama yang berlangsung kelmarin di Dewan Osrah, Bengkurong.

    Kejohanan julung kali diadakan itu dianjurkan sempena ulang tahun pertama penubuhan Kelab Badminton T5 dan berjaya menarik penyertaan 30 pemain, terdiri daripada ahli keluarga besar Pasukan T5 sendiri.

    Salah satu kemuncak kejohanan adalah kemenangan Kumpulan Yonex Pro dalam Kategori B, sekali gus dinobatkan sebagai pasukan terbaik kategori tersebut dan dilihat berpotensi untuk muncul juara keseluruhan bagi kategori berkenaan.

    Kejohanan akan diteruskan minggu hadapan dengan perlawanan akhir dijadualkan bagi menentukan pasukan juara keseluruhan dalam edisi sulung pertandingan ini.

    Penganjuran kejohanan tersebut bertujuan mengeratkan silaturahim dan memupuk semangat kekeluargaan melalui sukan, selaras dengan hasrat kerajaan dalam menjayakan inisiatif ‘Menuju ke Arah Warga Sihat,’ khususnya dalam kalangan generasi muda.

    Pasukan Badminton T5 telah membuka tirai kejohanan badminton persahabatan dengan pusingan pertama yang diadakan di Dewan Osrah Bengkurong, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN KELAB BADMINTON T5
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda