Monday, February 10, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    T7 global peroleh dua projek bernilai RM100 juta

    KUALA LUMPUR, 25 JAN – T7 Global Bhd memperoleh dua projek baharu dengan gabungan nilai kira-kira RM100 juta menerusi bahagian tenaganya bagi menyediakan perkhidmatan pengambilan tenaga kerja dan pembinaan luar pesisir.

    Penyedia penyelesaian tenaga itu dalam satu kenyataan hari ini berkata projek pertama adalah daripada kumpulan syarikat PTTEP bagi penyediaan perkhidmatan pencarian dan pengambilan pekerja.

    Projek kedua adalah daripada Hibiscus Oil & Gas Malaysia Ltd untuk menyediakan perkhidmatan membuka semula pelantar South Angsi Alpha di pantai timur Semenanjung.

    Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan, Tan Kay Zhuin berkata syarikat itu optimis segmen tenaga kerja akan terus berkembang di rantau ini. “Projek Hibiscus menandakan satu kemajuan penting bagi syarikat untuk melaksanakan projek membuka semula kemudahan luar pantai yang sebesar itu.

    “Terdapat inisiatif rig-to-reef dengan menukarkan struktur pelantar menjadi tukun tiruan bagi meningkatkan habitat marin di lokasi yang berhampiran,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda